Tip Banyakkan Susu Badan #6


Tudung kanak-kanak


Tip Banyakkan Susu Badan #6 : Kosongkan

Semakin kerap ibu mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilkan. Pastikan susu tidak banyak terkumpul setiap kali selepas sesi penyusuan atau mengepam.

Pemahaman adalah sangat mudah. Sekiranya ibu membiarkan susu berkumpul, ia akan menyebabkan pembekakan payudara atau ‘bengkak susu’. Esoknya ibu membiarkan perkara sama berulang, kilang susu dengan cepat dapat mengetahui yang ibu tidak memerlukan susu yang banyak dan seterusnya susu akan dikurangkan.

tips6

Namun, ia bergantung kepada permintaan baby. Jangan bandingkan kuantiti susu dengan ibu yang lain. Setiap anak berbeza dalam permintaan kepada kuantiti susu. Unik kan…ciptaan Allah itu sememangnya sangat indah dan unik.

Biasanya teknik lebih ditekankan untuk ibu yang bekerja ketika sesi mengepam. Ini kerana kuasa sedutan breastpump tidak sama dengan sedutan baby. Walaupun ada breastpump yang ada ciri2 sedutan seperti sedutan baby, ia hanya hampir sama namun tetap tidak sama. Sebab itu setiap sesi mengepam ibu sangat ditekankan mengepam sehingga breast betul2 kosong. Untuk mengetahuinya, ibu cuba picit dan apabila hanya titisan susu yang keluar itu menandakan susu berjaya dikosongkan.

Untuk ibu yang tidak bekerja dan direct feeding sepanjang masa, teknik ini biasanya tidak ada masalah. Apa yang ibu perlu lakukan adalah menyusu mengikut permintaan baby dan menyusu sekurangnya 10 minit atau lebih.

Ibu2…jom teruskan penyusuan sekurangnya 6 bulan atau sebaiknya selama 2 tahun. Susu ibu sangat menjimatkan duit dan masa serta memudahkan perjalanan percutian.

Bab nak menyusu ditempat awam menyusahkan dan sedikit leceh tu, ibu boleh buat pilihan dengan Nursing Cardilatch yang sangat cantik. Ianya dapat membantu ibu memyusu ditempat awam tanpa mendedahkan aurat depan dan belakang.

nursing cover

 

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*