Tip Banyakkan Susu Badan #5


Tudung kanak-kanak


Tip Banyakkan Susu Badan #5 : Positif & Yakin

Ibu kena yakin yang ibu mampu menyusu bayi dengan susu ibu…setiap ibu mempunyai kebolehan secara semulajadi untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan…sentiasa berfikir secara positif, susu sentiasa mencukupi untk sicomel…

Setiap bayi, permintaan kepada kuantiti susu adalah berbeza..ada yang menyusu banyak dan dalam masa yang lama, namun juga ada yang menyusu sedikit mengikut keperluan masing

Ibu jangan risau sekiranya bayi hanya minum sedikit susu sekiranya kesihatan bayi baik. Pengeluaran atau penghasilan susu ibu setiap ibu juga berbeza mengikut permintaan bayi.

tips5

 

Ibu jangan membandingkan kuantiti susu dengan ibu yang lain. Saya sendiri tidak dapat mengumpul stok yang beratus oz dalam freezer sebab yang dah ada pun kadang2 terbuang sebabkan expired. Saya hanya mengepam 2 sesi dipejabat disebabkan keperluan anak tidak banyak. Untuk 2 sesi saya dapat bawa balik sekitar 15-20 oz sehari.

Setiap hari sicomel saya hanya minum 8-12 oz sahaja. Walaupun minum sedikit, namun kesihatan dan perkembangan adalah normal…sebab my baby sukakan direct feeding. Dia sanggup tunggu ummi balik untuk menyusu sepuasnya dan seperti biasa balik kerja perkara pertama adalah menyusu bayi.

Ibu tidak perlu sibuk2 nak kebilik air untuk mandi dengan alasan untuk membersihkan diri dahulu baru menyusu. Sekiranya ibu bekerja dipejabat yang berhawa dingin, tak de istilah kotor…lagipun sekitar payudara ada antibiotik yang unik yang sentiasa menjaga kebersihan untuk memastikan bayi mendapat khasiat yang terbaik dan menjadi antibiotik terbaik melindungi bayi dari kebanyakan penyakit yang menyerang kanak-kanak kecil.

Apa yang ibu perlu lakukan adalah…Positif dan yakin…pantau kesihatan anak…sihat, aktif, peepee dan poopoo seperti biasa serta tidur cukup juga tidak meragam…tidak ada yang perlu ibu risaukan… ^_^

 

===========
Breastfeeding is LOVE
Spread your LOVE and the rest will work itself out
– Syamila [Rakan Penyusuan Anda]

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*