Tip Banyakkan Susu Badan #4


Tudung kanak-kanak


Tip Banyakkan Susu Badan #4 : Rangsangan

Akhir2 ni saya banyak dapat mesej dari ibu baru cara nak banyakkan susu ibu.

Cara yang UTAMA untuk banyakkan susu badan adalah rangsangan berterusan. Makan la suplemen atau ubat tambah susu banyak2….susu tak kan bertambah tanpa rangsangan.

 

tips4

Tanpa rangsangan, otak tak kan dapat signal yg ibu memerlukan susu….seterusnya signal tak kan dihantar kepada kilang susu untuk bekerja menghasilkan susu…ini kerana tanpa rangsangan, Otak dapat signal yang ibu tidak lagi memerlukan susu. … Sebab itu, kalau ibu merasakan susu kurang, saya mohon sangat..jangan skip sesi penyusuan…tingkatkan takpe…kalau susu dah tak de sangat…boleh bagi susu fm tapi menggunakan picagari atau sudu … Dan sesi menyusu susu fm tu…ibu wajib gantikan dengan sesi mengepam…sesi menyusu kena amalkan 2 jam sekali….jangan skip…jangan malas

Hormon Oksitosin berperanan membuka saluran susu (milk ducts) lebih lebar, membuat susu ibu mengalir lebih mudah

Sebelum sesi menyusu/mengepam, ibu boleh buat urutan sikat terlebih dahulu…untuk arahan bergambar boleh directly contact saya yea.. ^_^

Apa yang ibu perlu buat adalah:

  • Pam/menyusu setiap 2 jam
  • Buat Powerpumping 
  • Yakin ibu boleh hasilkan susu (minda positive)
  • Walaupun sesi mengepam hanya dapat kurang 1 oz…bersyukur seadanya
  • Teruskan mengepam walaupun hanya angin sahaja yang keluar
  • Setiap sesi mengepam wajib 20 minit-30minit..jangan lebih atau kurang
  • Bayangkan susu mengalir seperti air terjun setiap kali sesi menyusu atau mengepam
  • Bayangkan ibu sedang menyusu/mengepam di tempat yang tenang setenang air ditasik

Insya Allah…susu yang kurang 90% akan dapat dipulihkan dalam tempoh 48 jam

 

===========
Breastfeeding is LOVE
Spread your LOVE and the rest will work itself out
– Syamila [Rakan Penyusuan Anda]

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*