Teknik Power Pumping – Boost Mummy Milk


Tudung kanak-kanak


Mummy yang tengah baca post ni, ada tak kawan2 atau family yang ada masalah susu merundum?

Kalau ada, apa kata cuba teknik Power Pumping. Insya Allah hasilnya positif.

Kebiasannya teknik ni hanya perlu dilakukan 1 sesi setiap hari untuk 3 hari berturut2.
Namun untuk hasil yang lebih cepat, mummy boleh buat 3 sesi untuk 3 hari berturut2.

Sebaiknya Power Pumping dibuat sejurus selepas bayi tidur. Mummy jangan bimbang susu tak ada nanti sekiranya sejurus selepas power pumping baby nak menyusu.

Sebaik sahaja payudara dikosongkan, susu akan cepat dihasilkan. Semakin kerap mummy kosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Sebab itu, mummy jangan sesekali skip sesi menyusu atau sesi mengepam. Sekiranya mummy ada skip sebabkan keadaan memaksa, mummy kena gantikan dengan power pumping untuk memastikan penghasilan susu ibu tidak akan terjejas.

Happy Breastfeeding

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*