Power Pumping: Kenapa dan Bagaimana?


Tudung kanak-kanak


Power Pumping, satu perkataan dan perbuatan yang sinonim dengan ibu menyusu. Bila melibatkan susu ibu berkurang dan malu-malu nak keluar, ramai yang menasihatkan ibu membuat aktiviti Power Pumping.

Persoalannya, bagaimanakah teknik Power Pumping dapat menghasilkan banyak susu? Mengepam je pun kan. Jom kita teliti dengan lebih lanjut.

Apakah Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam untuk meniru bayi menyusu. Kebiasannya bayi menyusu mengambil masa sekurangnya 20 minit atau lebih. Penyusuan lebih lama akan mencetuskan peningkatan prolaktin daripada kelenjar pituitari untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Jadi teknik power pumping adalah menipu badan untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Lagi kerap ibu mengosongkan payudara, lagi cepat susu dihasilkan.

Apakah Prolaktin?

Prolaktin adalah hormon yg dihasilkan oleh kelenjar pituitari yg memberi isyarat kepada beberapa tisu di dalam badan. Kelenjar pituitari ini terletak di bahagian bawah otak.

Teknik Power Pumping

Teknik power pumping adalah mengepam selama satu jam.  Terdapat 3 cara yang ibu boleh lakukan

1.Pam 20 minit, rehat 10 minit (double pump)

2.Pam 10 minit, rehat 10 minit (double pump)

3.Pam 10 minit (single pump)

Penggunaan double pump membolehkan ibu rehat 10 minit dari aktiviti mengepam. Sekiranya menggunakan single pump… tak boleh nak rehat selama 1 jam…pam sebelah kanan 10 minit, pam sebelah kiri 10 minit….berterusan secara bergilir-gilir dalam masa 1 jam

Kajian membuktikan, untuk menghasilkan lebih banyak susu adalah dengan kerap menyusu bayi dan sekaligus mengosongkan payudara. Sesi penyusuan malam sangat membantu menghailkan lebih banyak susu kerana hormon antara 12-6 pagi bergerak aktif.

Sekiranya bayi tidak menyusu dalam tempoh yang lama lebih dari 2 jam, ibu dinasihatkan buat aktiviti mengepam. Power pumping digalakkan dilakukan antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Kebiasannya kesan akan nampak selepas 3 hari ibu melalukan power pumping. Bukan buat malam ni esok dah nampak hasil yea. Ini bagi ibu yang mengalami susu merundum ataupun ibu bersalin yang susu segan silu nak keluar juga bagi ibu yang ingin mengumpul stok ebm.

Selamat mengepam. Ingat pam ingat bayi. Jadikan aktiviti mengepam tidak membosankan.

 

===================

Ingin Online Shopping Breastpump Murah dan Berkualiti atau BEST Educational Toys? Jemput la singgah ke online store kami UmmieNBaby …kedatangan anda amat dialu2kan.

===================

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



1 Comment

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Cara BERKESAN Banyakkan Susu Badan | Blog @UmmieNBaby
  2. Tip Banyakkan Susu Badan #4 | Blog @UmmieNBaby

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*