Pisah Susu Badan Siang atau Malam


Tudung kanak-kanak


Assalamulaikum. Entri ni adalah kesinambungan dari entri sebelum ni. Boleh baca di sini –> Cara Lembut Cerai Susu Badan. Ummi pisah susu badan sepenuhnya siang dan malam pada hari ke5. Harap berterusan, bukannya apa sebab ummi kadang2 terlupa. Pernah kak una dulu menangis tengah malam ummi spontan menyusu. Kak una apa lagi, suka la. 😆

Lepas tu susah dah nak pisah semula susu badan sehingga la dah masuk tadika. Dia dengan rela hati stop menyusu.

Ramai mummy pisah susu badan secara drastik bila anak dah genap umur 2 tahun. Bagi ummi, apa salahnya sebulan sebelumnya mummy dah cuba pisah susu badan secara berperingkat. Macam tarik tali dalam tepung.

Sekurangnya tak kan nampak muka anak sedih dan pilu pandang mummy dengan pandangan memikat.

Sebulan sebelum mummy decide nak cerai susu badan atau wean off baby, mummy hadkan tempoh menyusu. Setiap kali sesi menyusu cuba ubah topik yang menarik perhatian baby. Sediakan makanan yang dia suka.

Bila mummy buat setiap hari, sesi menyusu makin lama makin sikit dan singkat.

Last step ummi decide sapu alfalfa. Mummy boleh baca di entri ini –> Alfalfa untuk cerai susu badan. Ni salah satu cara sahaja. Ada macam2 cara boleh buat, mumy pilih yang mana mummy suka.

Ummi cerai susu badan siang dahulu. Malam teruskan juga bila baby tengah mamai. Awalnyer try pujuk cakap susu kotor, kalau dia tetap merengek ummi menyusu je. Sebab tahu dia dalam keadaan tidak sedar.

Bangun pagi, umar tak minta nak susu sebab dia ingat lagi yang susu ummi kotor. Dari 3 sesi menyusu setiap malam, berkurang kepada 1 sesi. Akhirnya malam ke 5, umar tidur tanpa menyusu. Terjaga juga tengah malam, kebetulan guruh dan hujan. Ummi pujuk cakap guruh, takut then peluk dan tepuk. Akhirnya tertidur sampai pagi.

Bangun pagi, ummi macam biasa suka usik umar. “Umar, nak susu tak?”. Umar mesti jawab, “tak nak, susu ummi kotor. 😅

Kesimpulannya, mummy cuba dulu pisah susu badan pada siang hari. Dalam masa yang sama kurangkan sesi menyusu waktu tidur malam. Insya Allah kalau mummy berterusan buat, jangan ngelat2 tau, nanti makin susah nak pisah susu badan. Mummy pun akan menangis hiba.

Dah berjaya pisah susu waktu siang, Insya Allah untuk waktu malam makin mudah. Tapi pastikan sebelum tidur baby dah makan kenyang2. Biasa nya baby yang dah pisah susu sepenuhnya waktu siang, selera makan bertambah2.

Selamat berjaya mummy.

Kalau mummy ambil masa untuk pisah susu badan. Mummy tak kan rasa sedih sangat sebab pandangan tajam baby pun tak de. Baby dengan sendiri akan menolak untuk menyusu.  😉

Yang paling best tak de bengkak susu. Tak perlu ambil ubat nak elakkan bengkak susu. Sakit tau bengkak susu ni. Hanya Allah saje yang tahu betapa tersiksanyer.

.

Breastfeeding is LOVE.
Spread your LOVE and the rest will work itself out.
😍😍😍

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*