Katakan Tidak Pada Suplemen


Tudung kanak-kanak


Sekiranya anda ibu yang ingin menyusukan bayi sepenuhnya sehingga 2 tahun, sila katakan tidak pada suplemen. Ini kerana sekiranya ibu hanya bergantung kepada suplemen untuk memperbanyakkan susu badan, Insya Allah penyusuan susu ibu akan bermasalah. Tanpa suplemen pun ibu mampu menyusu sepenuhnya sekiranya ibu amalkan pemakanan yang seimbang.

Kunci utama dalam penyusuan susu ibu adalah rangsangan yang berterusan. Untuk itu, ibu tidak boleh sama sekali skip sesi penyusuan. Sekiranya ibu bekerja, sesi penyusuan digantikan dengan sesi mengepam. Ini untuk memberi signal kepada otak yang ibu memerlukan susu yang banyak untuk keperluan bayi.

Tempoh mengepam adalah antara 15-30 minit. Jangan lebih daripada itu untuk setiap sesi. Ini dikhuatiri akan merosakkan liang pori susu.

Cara Banyakkan Susu Badan

Manakala tempoh menyusu bayi adalah tidak ada tempoh masa yang tertentu. Ia bergantung kepada keinginan bayi itu sendiri. Cuma kalau sesi penyusuan mengambil masa yang lama, ibu berkemungkinan mengalami sakit belakang. Namun begitu, ia dapat diatasi sekiranya ibu mencari posisi yang selesa. Tidak ada posisi tertentu yang dikhaskan, ibu boleh mencipta posisi menyusu mengikut keselesaan masing2.

Yang perlu diberi keutamaan adalah cara bayi menyusu. Silap teknik ibu akan mengalami puting luka. Sekiranya puting luka, boleh sapu sedikit susu ditempat luka setiap kali sesi menyusu atau mengepam dan biarkan kering. Insya allah akan cepat sembuh.

prolatindanoksitosin3

Suplemen diperlukan untuk memberi kesihatan yang baik kepada ibu. Kesihatan fizikal dan mental sangat penting untuk memastikan sesi penyusuan berjalan lancar. Bila badan sihat, otak cergas, minda tenang, Insya Allah susu akan keluar dengan meriah selaju air terjun.

Suplemen penyusuan pula hanya merangsang pori-pori susu untuk aktif bekerja, namun sekiranya tiada rangsangan…pori susu yang bersiap sedia dan berada dalam keadaan terbaik tidak akan bekerja untuk menghasilkan susu yang banyak.

Jadi sangat rugi sekiranya ibu hanya mengambil suplemen untuk memastikan susu ibu banyak, dah habiskan duit tanpa hasil yang diingini sekiranya rangsangan yang sangat diperlukan tidak ambil berat.

SupplyandDemand1-580x253

Sekali lagi saya tekankan…kunci utama dalam penyusuan adalah Demand dan Supply….tiada Permintaan, maka tiada Penawaran. Sama juga, kita buat biskut banyak2 tiada pembeli atau hanya seorang dua sahaja…esok lusa tak kan nak buat banyak lagi kan…mesti malas nak buat dah sebab tiada yang nak beli…buang masa dan membazir je….

Nak buat biskut pula badan kena la sihat…kalau badan sakit, macam mana nak bangun pergi adun adunan dan bakar biskut….untuk kekal sihat badan memerlukan nutrisi yang mencukupi

Untuk dapatkan nutrisi kena jaga pemakanan….ambil makanan yang berkhasiat…tak mampu nak makan makanan yang berkhasiat setiap hari, maka ibu boleh la suplemen atau makanan tambahan…badan sihat buat beratus biskut satu hari tiada masalah….

Tetiba keluar contoh biskut sebab minda tengah berfikir nak masak Cornflakes Madu….hehehehe

img_0534

 

BreastMilk is the BEST Food for your baby

===========
Breastfeeding is LOVE
Spread your LOVE and the rest will work itself out
– Syamila @ +60179322123 [Rakan Penyusuan Anda]

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*