Cara Simpan Susu Ibu Agar Tahan Lama dan Tidak Cepat Rosak


Tudung kanak-kanak


Ramai mummy masih belum faham sepenuhnya cara simpan susu ibu yang terbaik. Sebaiknya mummy perlu dapatkan info dalam penyusuan susu ibu sejak dari mengandung lagi. Catat segala ilmu yang penting untuk kegunaan selepas bersalin.

Susu ibu mengandungi sel hidup. Oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul. Ini perlu supaya kandungan nutriennya tetap terpelihara dan tidak rosak. Susu ibu juga mempunyai anti bakteria yang membuatkan ia tahan lama.

.

Simpan susu ibu ikut kuantiti yang baby perlukan

Susu ibu yang dikumpul dalam 24 jam boleh dicampur dan dibekukan. Namun mummy perlu simpan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja dalam setiap pack.

Sekiranya mummy dapat kumpul 20oz susu ibu hari ini, balik pejabat mummy terus simpan dalam chiller. Sebelah malam mummy boleh asingkan kepada 10oz setiap pack dah simpan dalam freezer.

Kenapa tidak bekukan dalam satu bekas sahaja? Bukannya tidak boleh, tapi biasanya kita bekalkan susu perahan ke rumah pengasuh campur antara susu ebm dan susu yang baru diperah atau yang dalam chiller.

Cara simpan susu ibu yang biasa ummi amalkan – hasil susu ibu 20oz tu mummy bekukan 10oz dan simpan dalam chiller sahaja 10oz lagi untuk bekalkan ke rumah pengasuh keesokannya.

Sekiranya baby perlukan 20oz setiap hari, jadi mummy boleh guna 10oz stok ebm dan 10oz stok dari chiller ataupun yang baru diperah.

.

Labelkan Hasil Susu Perahan

Setiap susu perahan kena labelkan mengikut tarikh. Untuk bekal ke rumah pengasuh, mummy boleh guna stok ebm yang terdahulu. Guna kaedah First In First Out.

Susu perahan dari jam 8pagi – 5 petang, mumy boleh campur sekaligus dan guna tarikh sahaja. Ada mummy yang tidak campur susu perahan walau pada hari yang sama. Penyimpanan macam ini juga boleh tapi merugikan ruang peti dan sedikit leceh.

Hanya catat tarikh sahaja 18.05.17. Done

.

Jadual Cara Simpan Susu Ibu 

Mummy boleh rujuk jadual dibawah untuk pastikan susu perahan tahan lama dan tidak mudah rosak.

Boleh print dan tampal di tempat yang sesuai. 😉

cara simpan susu ibu

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*