Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat


Tudung kanak-kanak


Assalamualaikum. Mummy nak tahu tak cara-cara nak Banyakkan Susu Badan dengan cepat. Tapi tak de la sampai secepat 5-6 jam. Paling cepat pun 48 jam, Insya Allah.

Badan mummy bukan robot tau. Badan kena bagi masa untuk berubah. Sama macam nak kurus dan slim. Takkan boleh kurang berat badan berkilo2 dalam masa 24 jam, kan.

.

Air

Untuk banyakkan susu badan dengan cepat, mummy kena pastikan sentiasa minum air masak yang secukupnya. Air kunci utama dalam banyakkan susu badan. Breast Milk is 88% water, jadi kalau mummy tidak minum air yang cukup, badan mummy akan dehydrated. Sebabnya badan mummy sendiri tidak cukup air macam mana nak proses susu badan. Jom fikirkan2.

Lagi-lagi kalau musim panas dan banyak aktiviti luar. Memang mummy kena minum double la air masak. Kalau baisa 3 liter kena ambil extra 1 liter.

minum air masak dapat banyakkan susu badan

Mummy kena pastikan minum air 3 liter sehari. Eh, banyak sangat ke tu. Malas nak pergi bilik air? Ummi tak rasa pun 3 liter air tu banyak. Kenapa? Kerana ibu breastfeeding ni selalu dahaga tau. Jadi nak mudahkan, sentiasa ada sebotol air masak seeloknya yang kapasiti 1 liter sentiasa di sisi.

Kalau mummy bekerja senang saje tu. Letak je sebotol air ditepi meja. Dahaga minum. Sebotol dari jam 9-1 ptg, sebotol jam 2-5 petang. Rasanya tak ada masalah sangat tapi jangan minum sekaligus. Minum sikit2 jadi mummy tak rasa sangat.

Lagipun, ulang alik bilik air bagus tau. Selain boleh buat senaman berjalan, bila mummy buang air kecil tu, salah satu detox juga tau. Agent slim dan kurus yang terbaik.

Kata nak susu badan banyak dan slim, kena la berkorban. Banyak lagi tips lain untuk banyakkan susu badan, namun pengambilan air yang mencukupi adalah yang paling utama. Dah nak raya ni. ๐Ÿ™‚

Sebelum pam/menyusu mummy wajib minum segelas air masak sama juga selepas mengepam/menyusu.

.

Pam dengan konsisten

Bagi ibu bekerja sila jangan sesekali skip sesi mengepam. Malam kena buat power pumping. Seeloknya antara jam 12 pagi hingga 6 pagi. Mengantuk tu kena la tahan tau. Kalau mummy positive, mengantuk bukan alasan. Ummi pernah mengepam sampai tertidur tersandar tepi katil. Nasib baik kunci jam…hehehe

Kalau mummy skip pam, secara automatik breast andaikan mummy dah tak perlukan susu yang banyak jadi dia akan kurangkan pengeluaran susu badan.

Kalau mummy suri rumah sepenuh masa, susukan baby bukan mengikut kehendak baby. Bukan menyusu mengikut jam. Contohnya setiap 2 jam. Dan sebaiknya menyusu bayi minimum 20 minit. Jangan lupa sebelum menyusu minum segelas air suam. Lagi bagus minum air dengan 3 biji kurma.

Kalau susu makin down juga, mummy pun dah cuba makan pelbagai makanan penggalak susu badan, mummy kena dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah. Boleh juga ambil ubat2an yang sesuai ย untuk banyakkan susu badan. Apapun dapatkan nasihat pakar dahulu yea.

.

Doa Banyakkan Susu Badan

doa banyakkan susu badan

Sentiasa berdoa dengan Allah swt supaya susu badan sentiasa mencukupi untuk simanja.

Kebiasannya selepas mummy konsisten mengepam, minum air secukupnya dan makan makanan yang penuh khasiat, Insya Allah susu kembali banyak selepas 48 jam. Jangan lupa juga berdoa. Kita hanya mampu berusaha, tapi tanpa pertolongan dari Allah tidak mungkin segala usaha yang kita buat akan berhasil.

.

Breastfeeding is LOVE.
Spread your LOVE and the rest will work itself out.
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*