Kenapa Susu Badan Saya Cair? :(

Kenapa Susu Badan Saya Cair? Susu badan cair berkait rapat dengan susu badan yang tiak berkualiti, kurang nutrisi dan tidak bagus untuk berkembangan bayi? Betul ke? Jom kita sama-sama bincangkan dengan lebih lanjut.

Susu badan cair bukan bermakna susu badan ibu tidak berkualiti dan kurang nutrisi. Walaupun susu badan cair ia tetap mempunyai khasiat yang diperlukan. Untuk pengetahuan mumy, susu badan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Susu Awal (Foremilk) dan Susu Akhir (Hindmilk).

Susu Awal lebih cair berbanding dengan Susu Akhir. Susu Awal lebih cair dan mempunyai lebih banyak gula serta kurang lemak. Ia lebih kepada untuk menghilangkan dahaga bayi. Manakala Susu Akhir mempunyai lebih banyak lemak, lebih pekat dan mempunyai lebih banyak nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan bayi.

Sekiranya mummy inginkan anak montel dan bambam, pastikan bayi lebih banyak dapatkan Susu Akhir dari Susu Awal. Sebab itu juga ada mummy yang akan pam terlebih dahulu beberapa minit untuk keluarkan Susu Awal yang lebih cair itu bagi memastikan bayi mendapat lebih banyak susu akhir yang mengandungi lebih banyak lemak dan lebih mengeyangkan bayi.

Apapun sifatnya cair atau pekat, susu badan tetap mengandungi nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan bayi. Walaupun mummy tidak amalkan pemakanan yang sihat, susu badan tetap berkualiti kerana nutrisi yang diperlukan diambil dari mummy. Apa yang akan nampak perubahan adalah keadaan mummy sendiri. Sekiranya mummy tidak amalkan pemakaan yang sihat, ia akan memberi kesan kepada kesihatan mummy kerana nutrisi yang diperlukan oleh badan mummy telah diberikan kepada bayi melalui susu badan.

Apabila badan mummy tidak sihat secara automatik akan mempengaruhi pengeluaran susu badan. Susu badan kurang atau susu badan kering akan jadi masalah utama nanti. Mula la mummy akan panik mencari cara untuk tambah susu badan semula.

Penyusuan 5 minit pertama lebih kepada untuk menghilangkan dahaga bayi sebab itu susu lebih cair. Untuk memastikan bayi mendapat khasiat Susu Awal dan Susu Akhir (susu cair dan susu pekat) mummy dinasihatkan menyusu bayi minimum 20 minit.

Kesimpulannya, mummy jangan risau sangat kalau susu badan cair yea. Apa yang penting, mummy kena jaga pemakanan sepanjang tempoh menyusu untuk memastikan kesihatan mummy dan bayi dalam keadaan terbaik.

Happy Breastfeeding ^_^

===========
Breastfeeding is LOVE
Spread your LOVE and the rest will work itself out

Pertanyaan dan konsultasi mengenai Suplemen Ibu Menyusu? Klik salah satu link di bawah… 🙂

WAN SYAMILAH / DISTRIBUTOR ID 1069166
♥ WhatsApp: http://wasap.my/60179322123/suplemen-ibu-menyusu
♥ Fb: www.facebook.com/carabanyakkansusubadan

 

Leave a Reply