Tip Banyakkan Susu Badan #7

Tip Banyakkan Susu Badan #7 : Sokongan

Sokongan daripada ahli keluarga terdekat sangat penting dalam proses menjayakan perjalanan susu ibu. Walaupun ada yang berjaya mengharungi tanpa sokongan keluarga, namun tidak semua mampu. Setiap orang berbeza.

Ada dikalangan kita, setiap kata-kata negative mereka jadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk teruskan perjuangan. Segala kata-kata negatif mereka jadikan sebagai satu semangat untuk berjaya.

Cara Banyakkan Susu Badan#7

Namun ada yang jadikan kata-kata negative sebagai satu masalah yang melemahkan semangat mereka. Ada juga yang tidak tahu dimana perlu dapatkan informasi penyusuan. Tidak semua dari kalangan ibu mampu mencari, mencari dan dapatkan sendiri ilmu penyusuan.

Yang paling sedih, ilmu dah diberi namun semangat dalam diri tidak mampu dicungkil untuk teruskan perjuangan, menyerah kalah sebelum berjuang disebabkan sokongan dari keluarga tidak ada.

Apapun, kita yang mempunyai ilmu…hanya mampu memberi ilmu, sokongan dan galakkan…tidak mampu untuk memaksa mereka…sebab itu adalah pilihan masing2…

Sokongan dari suami amat penting. Saya juga tidak dapat sokongan dari keluarga, namun mereka tidak pula menghalang tapi banyak bagi hint suakan susu formula bila susu mula merundum dan bila pam hanya wap peluh je keluar…

Namun saya mendapat sokongan dari suami…suami banyak menyokong dan setuju dengan apa yang saya lakukan dalam menjayakan penyusuan susu ibu…walaupun kita tidak mendapat sokongan dari keluarga dan sahabat, sokongan dari Suami adalah sangat penting…

Para Suami, berilah sokongan yang berterusan kepada para isteri dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu…dengan susu ibu poket suami jimat banyak…kerja isteri pun senang…tidak perlu bangun malam bancuh susu…silap bancuh haru…dah mata mengantuk….hehehe

Tapi, saya suka sahut cabaran…ibu yang lain mampu kembalikan semula produksi susu, jadi saya pasti mampu…jangan menyerah kalah sebelum berjuang…Alhamdulillah berjaya setelah 48 jam berusaha…bidan urut ibu bersalin pun hairan…mereka tidak tahu, susu tidak akan keluar tanpa proses mengepam setiap 2 jam selama 48 jam…korbankan masa tidur waktu malam…tapi hasilnya tidak mengecewakan…Alhamdulillah…

1 Comment

  1. Menyusu badan perlukan kekuatan dalaman..

Leave a Reply